Isnin, 29 November 2010

CIRI-CIRI 10 Sifat Calon Suami Yang Baik...

"Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat."

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah SWT.

Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah SWT. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi, lelaki soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga memaksa isterinya untuk menunaikan solat. 

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita menutup aurat. Jadi, suami yang soleh tidak akan sekali-kali membenarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Juga berhias dan ber'make-up' tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri menututp aurat. Tetapi ada isteri yang kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dahulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi apabila doa anda dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan

**************

Pesanan dari Admin:

seorang lelaki yang BERIMAN lelaki tersebut TIDAK AKAN

1. TIDAK AKAN mengajak anda kepusat2 hiburan
2.TIDAK AKAN berani pergi ber"dataing" dan bercouple berdua-duaan
3.TIDAK AKAN membonceng bersama2 dengan kekasih
4.TIDAK AKAN besenang-senang dengan wanita yang bukan muhrim
5.TIDAK AKAN mengajak keluar bersama2 pergi ke pasaraya, menonton wayang, makan berdua-duaan dan sebagainya
6.TIDAK AKAN berani menyentuh tangan dan tubuh badan seorang wanita
7.TIDAK AKAN tidak berani mengajak anda melakukan aksi ringan-ringan
8.TIDAK AKAN berani melakukan ZINA

SEKIRANYA 8 CIRI2 INI ADA PADA PASANGAN ANDA...KETAHUILAH BAHAWA LELAKI TERSEBUT TERGOLONG DALAM 10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK-BAIK AKAN TETAPI SEKIRANYA SEBALIKNYA MAKA LELAKI TERSEBUT BUKANLAH TERMASUK DARI 10 CIRI2 TERSEBUT...SEKIAN





berdoa untuk mendapat yang baik-baik...
pasangan suami isteri

Sabtu, 27 November 2010

PENYAKIT..

Penyakit bicara adalah bohong

Penyakit ilmu adalah lupa

Penyakit ibadah adalah riak

Penyakit budi pekerti adalah memuji diri sendiri

Penyakit berani adalah agresif

Penyakit pemurah adalah menyebut pemberiannya

Penyakit cantik adalah sombong

Penyakit bangsawan adalah bangga

Penyakit malu adalah lemah

Penyakit mulia adalah menonjolkan diri

Penyakit kaya adalah kikir

Penyakit royal adalah berlebih-lebihan

Penyakit agama adalah hawa nafsu!



Penyakit yang disebutkan di atas itu adalah penyakit hati...maka carilah penawarnya sebelum menjadi "tali" yang mengheret kita ke neraka!!





Penawar Hati:



1. Membaca al-Quran dan maksudnya.

2. Perbanyakkan Zikrullah

3.Perbanyakkan puasa

4.Perbanyakkan solat waktu malam


5.Berkumpullah dengan orang yang soleh

27 November 2010 (Sabtu)

Alhamdulillah....
terasa sgt kegembiraan hari nie...
sbnrnya hari nie adalah hari kelahiran ku di dunia ini..

Apa2 pun terima kasih
sbb wish besday aku yg ke 23 nie...
oooppss!! aku dh makin tua la...huhu...

xpe2...tua pada umur je xpe..
haha...
mengarut je aku nie...

Kpd kawan2 yg aku amat sayangi..
thanks sbb ingat aku n wish besday aku ari nie..
xlupa juga pada tunang ku yg menjadi org pertama dlm wish besday aku..
wow!! hapy sgt...

xlupa juga pada ahli kuarga aku yg wish kat aku jugak....
hehehe...
syg korang sume...!!
: p

Jumaat, 26 November 2010

KENANGAN...


hye.. it's me...


cincin yang telah disarungkan di jari ku...


antara hantaran dari kedua belah pihak...


aku dan tunangan ku...


bersama kuarga tunangan ku..

DEBARAN 21 NOVEMBER 2010 (AHAD)

Aku bersyukur sgt2...sbb saat yg aku nnt kan saat itu telah tiba...hehe terasa plak debaran yg kuat sekali yg penah aku alami waktu tue...urmm..hari ahad 21/11/2010...adalah tarikh yg paling aku ingati..ialah tarikh majlis pertunangan ku dengan kekasih pilihan ku...

Perasaan teruja, gementar, takut pun ade masa tue...ye la kan...waktu tue kan aku jd watak utama dlm majlis ku ini...haha

Tunggu punya tunggu..tibalah rombongan dari pihak lelaki menerjah rumah ku...dan bermula la sesi perbincangan bermula antara kedua2 belah pihak...

DUPDAPDUPDAP.......
kedengaran bunyi jantungku...laju betul...huhu..
saat itu aku menunggu di bilik menanti utk dipanggil keluar...semasa menunggu,wak aku memanggil aku keluar untuk bertemu dengan kuarga pihak lelaki diruang tempat perbincangan sebentar td...

Aku bersalaman dengan mereka n duduk dihadapan bakal mertua ku...hati aku terasa berdebar2...tp aku relaks je...ececeh..haha...

Slps tue sesi menyarungkan cincin pun bermula..setelah selesai kuarga pihakku menjemput utk menjamu selera di ruang makan..

selepas selesai kesemuanya mereka pun pulang...n aku rasa lega yg teramat sgt sbb majlis ku ini diakhiri dengan baik n selamat...Alhamdulillah...
(^_^)